1. Using 100% OLIVE OIL and premium ingredients.
2. Fresh and Healthy-Hearty: freshly made with freshest ingredients.
3. Exclusive-Verity-Delicious: more verity,silky sensuous and great taste.

Thursday, September 22, 2011

M&M CHOCOLATE CHIPS COOKIES


M&M CHOCOLATE CHIPS COOKIES - LOADED WITH CHIPS & MM, PECAN, DRIED COCONUT & CEREAL
PROMOSI PRICE 1 PACK - 50 PCS = RM35
RETAIL PRICE = RM38/PACK

Thursday, August 11, 2011

BAWAL PAIS TEMPOYAK



Resepi ini adalah resepi tradisi di daerah-daerah pendalaman Pahang seperti Jerantut, Lipis dan Temerloh. Ikan dibakar dengan daun pisang di atas bara api tetapi kami menggantikannya dengan membakar di dalam oven namun rasanya tidak jauh lari dari pembuatan secara tradisional. Ikan digaul bersama dengan adunan sambal tempoyak pedas menggunakan cilipadi dan hirisan daun-daunan kampung seperti daun kesum, daun kunyit dan daun kaduk. Harga seekor RM10.00

Tuesday, July 26, 2011

SAMBAL UDANG TEMPOYAK LEMAK PETAI

 
Sambal ini dimasak dengan menggunakan lemak sawit rendah lemak bagi menggantikan santan kelapa. Diperisakan dengan daun-daunan kampung, petai, cili padi dan tempoyak, boleh dimakan basah ataupun kering. Didingin-bekukan secara segar selepas dimasak menjadikan makanan ini tahan lebih lama dan segar apabila dipanaskan seperti baru lepas dimasak.
RM10-1 bekas
Phone kami:- 0193717090

Friday, July 22, 2011

Wednesday, July 6, 2011

PURE TRADISI: SAMBAL LODEK




sambal ini hanya boleh didapati dulu di daerah pendalaman atau kampung-kampung di Negeri Pahang. Amat enak dimakan bersama nasi putih samada bersama lauk pauk lain atau dimakan hanya sambal ini sahaja. Ianya gabungan Jering semai, tempoyak masam dan ikan bilis dan rasanye yang manis2 masin. Cara masakannya berbeza dengan sambal jering yang biasa dimasak di tempat lain. Menggunakan 100% minyak Zaitun. Hanya berharga RM9.90 untuk satu bekas, boleh disimpan selama 3 bulan di dingin beku atau selama 1 minggu di peti ais. Panaskan sahaja apabila ingin menikmatinya. Anda rasakan perbezaannya.

Tuesday, July 5, 2011

SALAMI BEEF RADICCHIO SANDWICH


Sandwish ini pernah dijual di kedai kami Biuty Burritos sebagai 'weekly special'. Menakjudkan! dalam tempoh seminggu jualan untuk menu ini mencatat jualan tertinggi di antara sandwish 'weekly special; yang lain. Anda tahu rasanye?hanya yang pernah memakannye yang tahu rasanye. Kami gabungkan beef salami, ground grilled beef, salad radicchio, dan sos tersendiri kami. Walau menu ini tiada di senarai menu tetap kami, anda boleh memesannya untuk Katering, minimun sekurangnya 10 org secara penghantara packing sahaja, untuk katering fully services kami mengambil 50 org ke atas.

PURE BLACKBERRY FRUIT CHOCOLATE CAKE


Diadun dari jem blackberry yang dibuat segar, mentega 'pure' Australia
dan kualti suhu pembakaran menjadikan kek ini tetap enak walaupun
didingin bekukan secara segar selepas dikeluarkan dari oven. Limpahan
coklat mentega krim dihias segar ketka pembelian. Cubalah an jadikan
santapan enak bersama minuman panas.

Friday, April 29, 2011

RED SEA BEAM WITH AFRICAN CURRY


This is the taste that i like very much for the African dish!Resepi ini saya olahkan mengikut citarasa tempatan tetapi tetap tidak lari daripada rasa asalnya. Uniknya, kami menambahkan rempah kari ikan di dalam masakan ini dan rasanya..emmmmm..sesuatu yang cukup berbeza. Ikan ini diperap seketika dengan perahan lemon dan dimasak secara 'slow cooker' selama 30 minit, dengan campuran rasa masam, manis dan masin serta rasa karinya yang sukar diluah dengan kata2 disini. Anda patut memcubanya!

Tuesday, February 1, 2011

STIR FRY CHICKEN WITH BASIL & BABY CORN-THAI FOOD

 Menu ini juga adalah menu masakan Negara Thai. Kami cuba mempelbagaikan rakaian menu kami daripada local to international demi kepuasan pelanggan2 kami. Kami juga menggunakan jus limau sebagai bahan perisa pada menu ini. Penggunaan basil adalah sebagai herba untuk kesihatan bagi menu ini yang digunakan secara meluas bagi masakan Mediterannean.
Basil yang juga dipanggil Selasih dalam Masyarakat Melayu bertindak sebagai antikanser dan anti virus secara natural. Di India, mereka gunakan basil sebagai ubat bagi kurangkan tekanan, asma dan kencing manis.